TWS Dari Realme Adalah Realme Buds Air Dan Ia 99% Mirip Apple AirPods

TWS Dari Realme Adalah Realme Buds Air Dan Ia 99% Mirip Apple AirPods

Diterbitkan pada Dis 10, 2019 oleh .

Realme sudah lama merancang untuk hadir dengan TWS tersendiri. Setakat ini mereka hanya mempunyai Realme Buds Wireless sahaja, iaitu set fon telinga nirwayar jenis neckband. Terkini, nama TWS Realme telah tertiris dan ia adalah Realme Buds Air.

Realme Buds Air ini  boleh dikatakan adalah klon kepada Apple AirPods. Ini kerana, dari imej pengolokan yang tertiris ia mempunyai 99% persamaan. Dari segi spesifikasi, poster yang tertiris ini memperlihatkan penggunaan pemacu audio 12mm. Kemudian, jika rekaan fon telinga tidak cukup Apple – pod pengecasannya juga sangat sama dengan Apple. Dari segi rekaan, lokasi lampu LED dan juga penggunaan butang berbentuk bulat bersaiz kecil.

Selain itu, Realme Buds Air ini juga menyokong tambatan pantas sebaik sahaja penutup pod pengecasan dibuka. Seperti kebanyakan TWS yang berada di pasaran, TWS ini juga menyokong seruan Google Assistant dan kawalan gestur sesentuh. Tarikh dan harga rasmi masih belum kelihatan. Jika poster tertiris ini benar, ia akan dilancarkan pada 17 Disember kelak. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN