Cari @ Amanz

Selepas kematian beliau, kultus mendiang Steve Jobs mula wujud di serata dunia dengan ada yang melihat beliau seperti seorang nabi teknologi. Beberapa minggu lalu kami melaporkan sekeping cakera liut yang ditandatangani Jobs akan dilelong. Lelongan telah dilakukan dan ia berjaya dijual pada harga $84,115 (~RM350,036).

Cakera Liut Steve Jobs

Ini adalah harga yang jauh lebih tinggi dari sasaran asal hanya $7500 (~RM31,000). Cakera liut ini mengandungi perisian Macintosh System Tools Version 6.0. Jobs jarang sekali menandatangani produk yang dikeluarkan Apple dan ini membuatkan cakera liut ini memorabilia yang jarang sekali ditemui.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd