Cari @ Amanz

Salah satu daripada tunjang utama Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) ialah peningkatan liputan rangkaian 3G dan 4G diseluruh negara, dimana kelajuan purata rangkaian tersebut tidak kira dimana anda berada perlu berada pada kadar sekurang-kurangnya 30Mbps.

Pihak SKMM baru-baru ini telah mengumumkan dimana fasa pertama NFCP bakal berakhir pada penghujung bulan Januari kelak, dengan pengumuman pihak-pihak yang akan bertanggungjawab untuk menaiktarafkan perkhidmatan telekomunikasi tersebut di luar bandar melalui tender terbuka.

Dibawah fasa tersebut, 153 kawasan di lapan buah negeri akan memperlihatkan penaiktarafan perkhidmatan 3G dan 4G. Negeri-negeri tersebut ialah Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu dan Sabah.

Dalam pada itu, pihak SKMM juga telah memulakan permintaan cadangan (Request for Proposal) untuk fasa kedua NFCP, dimana 500 kawasan di lapan buah negeri (Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu, Sabah, Sarawak) akan menerima penaiktarafan perkhidmatan 3G dan 4G yang sama.

Sama seperti fasa pertama, fasa kedua NFCP ini juga akan melibatkan tender terbuka, dimana syarikat-syarikat telekomunikasi akan mencadangkan cara-cara terbaik untuk meningkatkan liputan dan mutu rangkaian 3G dan 4G di kawasan-kawasan tersebut.

Syarikat-syarikat yang menerima tender untuk menjalankan projek-projek tersebut akan diumumkan pada penghujung bulan Mac 2020. Pihak SKMM turut mengatakan bahawa nama-nama kesemua syarikat-syarikat yang menerima tender ini boleh dilihat di laman web NFCP kelak.

Membiayai projek-projek ini ialah wang daripada Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provisions) yang telah diagihkan oleh pihak kerajaan negara untuk tujuan-tujuan seperti ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd