Carian
Digi Kini Menawarkan Langganan Amazon Prime Video Melalui EasyAdd
December 10, 2019 Nazrin

Para pelanggan Digi kini boleh melanggan kepada perkhidmatan penstriman video Amazon Prime Video melalui perkhidmatan platform langganan atas talian EasyAdd oleh Digi bermula hari ini.

Perkhidmatan penstriman video tersebut, yang dikendalikan oleh syarikat jual-beli atas talian terbesar di dunia, Amazon, biasanya hadir sebagai sebuah perkhidmatan tambahan kepada perkhidmatan Amazon Prime, dan mempunyai langkah-langkah yang agak rumit untuk melangganinya.

Sama seperti perkhidmatan-perkhidmatan penstriman video yang lain, Amazon Prime Video turut mempunyai siri-siri televisyen dan filem yang khusus kepada mereka seperti Man In The High Castle, Tom Clancy’s Jack Ryan, The Grand Tour dan sebagainya.

Digi melalui EasyAdd membolehkan para pelanggan Digi untuk melanggan perkhidmatan Amazon Prime Video ini bukan sahaja dengan mudah, tetapi pada harga yang berpatutan juga. Untuk enam bulan pertama, pengguna hanya perlu membayar sebanyak RM14 selepas tempoh ujian seminggu, dan bermula bulan ketujuh, harga tersebut akan dinaikkan ke RM27 sebulan.

Untuk pengguna Digi, bil langganan tersebut akan dimasukkan terus kedalam bil bulanan mereka, dan boleh dibayar secara terus menggunakan kad debit ataupun kredit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web EasyAdd.

Komen