Cari @ Amanz

Redmi hari ini akhirnya melancarkan Redmi K30. Bukan satu peranti, tetapi kedua-dua variasi Redmi K30 5G dan 4G dilancarkan hari ini. Fokus Redmi di sini adalah Redmi K30 5G yang dijana dengan Snapdragon 765G yang terbaru dan dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Paling menarik di sini adalah skrin 120Hz bersaiz 6.67″ dengan pengiktirafan HDR10. Panel yang digunakan adalah jenis LCD dengan rekaan skrin berlubang untuk kamera swafoto. Untuk versi 4G, ia dijana dengan Snapdragon 730G dan lain-lain adalah sama sahaja.

Sistem kamera utama yang digunakan adalah kuad-kamera yang menggabungkan lensa 64MP dari Sony, iaitu sensor IMX686 + 8MP sudut ultra lebar + 2MP sensor kedalaman + 5MP lensa makro (2MP untuk versi 4G). Kamera swafoto adalah dwi-lensa 20MP + 2MP. Bateri yang digunakan adalah 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W (5G) dan 27W (4G). Peranti ini menjalankan MIUI 11 berasaskan Android 10. Untuk audio, Redmi K30 menyokong sistem audio Hi-Res bagi menambah kenikmatan mendengar audio.

Harga jualan di China adalah seperti berikut;

Variasi Redmi K30 4G Redmi K30 5G
6GB + 64GB CNY 1599 (~RM946) CNY 1999 (~RM1183)
6GB + 128GB CNY 1699 (~RM1005) CNY 2299 (~RM1360)
8GB + 128GB CNY 1899 (~RM1123) CNY 2599 (~RM1538)
8GB + 256GB CNY 2199 (~RM1301) CNY 2899 (~RM1715)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd