Cari @ Amanz

Apple Mac Pro mula dijual di beberapa negara pasaran utama semalam. Di Malaysia ia masih lagi belum dijual tetapi harganya kini diketahui menerusi laman rasmi Apple. Bagi yang berminat, sebuah Mac Pro jenis menara ditawarkan pada harga bermula dari RM25,999 manakala versi rak pula pada harga bermula dari RM27,999 sebuah,

Tidak diketahui konfigurasi apakah yang ditawarkan pada harga ini tetapi besar kemungkinan untuk pemproses 3.5 GHz Intel Xeon W lapan teras dan memori sebesar 32GB RAM. Di Amerika Syarikat sebuah Mac Pro dengan konfigurasi paling tinggi dijual pada harga mencecah $50,000 (~RM 208,000) sebuah. Dengan harga yang kini diketahui, mungkin pengguna yang berminat boleh mula mengumpul duit untuk memilikinya apabila ia ditawarkan di Malaysia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd