Apple Pro Display XDR Berharga Mencapai RM25999 Di Malaysia – Pro Stand Pada Harga RM4499

Apple Pro Display XDR Berharga Mencapai RM25999 Di Malaysia – Pro Stand Pada Harga RM4499

Diterbitkan pada Dis 11, 2019 oleh .

Apple sebelum ini telah pun memperkenalkan panel paparan mereka tersendiri, dinamakan sebagai Pro Display XDR. Terbaru, hari ini Apple Pro Display XDR telah pun mula ditawarkan melalui laman rasmi Apple Malaysia.

Pro Display XDR

Apple Pro Display XDR hadir dengan skrin 32-inci pada resolusi 6K Retina. Ia sesuai untuk para penyunting multimedia, dimana selain menawarkan panel berkuasa, ia hadir dengan kadar kecerahan 1000-nit, dan disesuaikan dengan rekaan Mac pro baru.

Di Malaysia, Pro Display XDR hadir pada harga RM19,999 untuk kaca biasa, sementara kaca Nano-texture ditawarkan pada harga RM25,999.

Untuk kakinya pula, Pro Stand ditawarkan secara berasingan pada harga RM4499, sementara VESA Mount Adapter yang digunakan untuk memasang skrin berkenaan pada dinding ditawarkan pada harga RM899.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya melalui laman rasmi Apple Malaysia hari ini.



Paling Popular