Perkhidmatan Adobe Akan Dikenakan Caj Tambahan SST 6% Bermula Januari 2020

Perkhidmatan Adobe Akan Dikenakan Caj Tambahan SST 6% Bermula Januari 2020

Diterbitkan pada Dis 11, 2019 oleh .

Pada Belanjawan 2020 yang lepas, kerajaan telah pun sekali lagi mengingatkan yang mana sejumlah perkhidmatan digital akan dikenakan caj SST sebanyak 6% bermula daripada Januari 2020 kelak. Selari dengannya, sejumlah penyedia perkhidmatan digital telah mula memaklumkan pengguna berkaitan dengannya.

Terbaru, Adobe telah pun mula menghantar emel kepada semua pengguna, sekaligus mengingatkan yang mana perkhidmatan Adobe Creative Cloud turut tertakluk dibawah perkara berkenaan.

Bermula Januari 2020 kelak, pelanggan Adobe akan dikenakan caj tambahan sebanyak 6%. Pelanggan akan dikenakan caj tambahan ini apabila memperbaharui pelan mereka – sama ada bulanan atau tahunan.



TIPS & ULASAN