Cari @ Amanz

Banyak peranti Pixel sudah pun menerima kemaskini tampalan sekuriti Disember 2019 sejak minggu lepas lagi. Namun, Pixel 4 hanya menerima kemaskini ini sejak semalam. Pixel 4 menerima kemaskini yang sedikit lebih lewat, kerana Google memberi beberapa fungsi dan ciri eksklusif kepada peranti ini yang dinamakan sebagai Pixel Feature Drop. Apa itu Pixel Feature Drop?

1. Menambah Bokeh Pada Gambar Bukan Mod Potret

Dalam kemaskini ini, Google telah membenarkan peranti Pixel menambah kesan bokeh pada gambar-gambar yang tersimpan dalam Google Photos. Tidak kira bila gambar itu diambil, pengguna boleh sunting dan tambah kesan bokeh di latar belakang dengan mudah.

2. Call Screen Serba Baharu

Call Screen adalah fungsi seakan peti simpanan suara, tetapi dikuasakan oleh Google Assistant. Fungsi ini hanya eksklusif untuk peranti Pixel sahaja. Terkini, jika pengguna menerima panggilan dari robocall atau spam yang bukan manusia – sebelum peranti sempat berdering Call Screen akan mematikan panggilan telefon. Jika panggilan dari nombor yang tidak disimpan, ia akan berdering tetapi Call Screen akan tapi terlebih dahulu dan membuat transkripsi sebelum pengguna menjawab panggilan telefon. Fungsi ini terhad di Amerika Syarikat sahaja.

3. Bokeh Dalam Duo

Duo adalah aplikasi panggilan video daripada Google. Terkini, untuk kemaskini Pixel Feature Drop ini semua panggilan Duo – latar belakang pengguna akan menjadi kabur. Secara tidak langsung, ia akan menjadi seakan panggilan video dalam mod potret. Dengan kesan kabur di latar belakang, privasi pengguna juga akan dilindungi.

Dalam Duo juga, framing pengguna kini akan auto laras ke bahagian tengah. Jadi, pemanggil akan lihat penerima panggilan dalam keadaan yang baik dan tidak senget atau tidak masuk dalam frame.

4. Pengurusan RAM Yang Lebih Baik

Pixel tidak dinafikan adalah peranti yang mengecewakan. Ia mempunyai ketahanan bateri yang lemah, pengurusan RAM yang teruk dan tidak sesuai untuk bermain permua. Dalam Pixel Feature Drop, Google memperkenalkan pengurusan RAM yang lebih baik. Ia akan memampatkan cache aplikasi bagi memudahkan pengguna menjalankan pelbagai aplikasi serentak tanpa sebarang masalah.


Apa yang menarik di sini adalah, pengurusan RAM dari Pixel Feature Drop ini dilaporkan akan turut hadir untuk peranti-peranti Android lain dan tidak terhad kepada peranti Pixel sahaja. Perkara ini disahkan melalui laman web The Verge, yang menerima pengesahan ini dari Sabrina Ellis – Naib Pengerusi Produk Pixel. Namun, ia kembali kepada para pengeluar peranti. Jika mereka ingin berikan ciri ini atau tidak, itu bergantung pada mereka. Sama juga seperti kemaskini pantas atau lambat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd