iOS 13.3 Boleh Dimuat Turun – Menambah Fungsi Kawalan Akaun Anak-Anak Oleh Ibu Bapa

iOS 13.3 Boleh Dimuat Turun – Menambah Fungsi Kawalan Akaun Anak-Anak Oleh Ibu Bapa

Diterbitkan pada Dis 11, 2019 oleh .

Pagi ini iOS 13.3 akhirnya boleh dimuat turun pada peranti yang layak. Di dalam kemas kini sebesar 659.5 MB ini, pelbagai ciri baru diperkenalkan bersama dengan tampalan pepijat yang telah dilaporkan oleh pengguna, Ciri baharu yang menarik ialah kawalan masa penggunaan peranti anak-anak oleh ibu bapa yang dipertingkatkan.

Ibu bapa boleh mengawal siapakah yang boleh dihubungi ialah anak-anak menerusi FaceTime dan Message. Pada waktu yang sama senarai individu yang boleh dihubungi juga boleh dikawal sepenuhnya oleh ibu bapa. Penggunaan kunci sekuriti FIDO-2 dalam bentuk USB dan NFC turut diberikan.

Tampalan pepijat seperti kesukaran memadam emel dari Gmail. menghasilkan klip baru dari video disunting dan tiada anak panah apabila spacebar ditekan juga diselesaikan. Muat turun boleh dilakukan secara OTA sekarang.



TIPS & ULASAN