Cari @ Amanz

Setiap kali peranti baharu diterima di laman Amanz, kami akan memuat naik sampel gambar yang diambil menggunakan kamera. Setiap kali ini dilakukan sebahagian besar pembaca akan meminta kami memuat baik gambar asal kerana imej pada Twitter akan dipadatkan bagi mengurangkan saiz asal. Ini sekali menyebabkan kualiti gambar akan terjejas.

Bermula hari ini, Twitter tidak akan lagi memampatkan gambar JPEG yang dimuat naik untuk ciapan menerusi laman web mereka. Ini disahkan oleh Nolan O’Brien yang merupakan seorang jurutera di Twitter merusi ciapan beliau di atas. Hanya gambar prebiu yang kecil sahaja akan dimampatkan. Apabila ia ditekan, gambar sebenar pada kualiti asal akan dapat dilihat oleh pengguna.

Bermula tahun hadapan gambar lain seperti avatar dan imej atas profil juga akan menerima layanan yang sama. Selepas ini akhirnya perbezaan kualiti gambar dari pelbagai telefon pintar akan dapat dilihat dengan lebih tepat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd