Cari @ Amanz

Peranti Oppo Reno3 akan dilancarkan di China pada 26 Disember ini selepas ia disahkan menerusi laman rasmi pengeluar. Dari beberapa imej acah yang telah dikongsi, Reno3 akan menjadi peranti Oppo yang menggunakan skrin berlubang untuk kamera hadapan. Tiada lagi sistem sirip jerung ataupun kamera bawah skrin seperti yang telah diperlihatkan oleh Oppo sebelum ini.

Maklumat lain yang didengari ialah ia dijana cip terkini Snapdragon 765G untuk variasi Pro dan tebal peranti adalah 7.71mm sahaja. Bagi variasi bukan Pro, ia dikatakan akan dijana dengan cip MediaTek 5G MTK6885 dan mempunyai tebal sekitar 7.96mm. Tahun ini peranti kelas pertengahan 5G mula dipasarkan secara meluas. Kita hanya boleh berharap sasaran pengenalan rangkaian 5G di Malaysia menjelang 2021 akan menepati sasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd