Netflix Bakal Menayangkan Siri TV Kisah Pengasasan Spotify

Netflix Bakal Menayangkan Siri TV Kisah Pengasasan Spotify

Diterbitkan pada Dis 12, 2019 oleh .

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang sedia dikenali ramai diseluruh dunia – dan mempunyai angka pengguna tertinggi buat masa ini. Dengan popularitinya, semestinya ramai pengguna yang ingin mengetahui bagaimana perkhidmatan popular berkenaan diasaskan.

Terbaru, Netflix telah mengumumkan yang mana mereka bakal menerbitkan siri terhad berkenaan kisah pengasasan Spotify. Siri berkenaan akan diinspirasikan oleh buku “Spotify Untold” yang telah pun diterbitkan sebelum ini.

Siri ini akan memfokuskan kisah disebalik pengasas Spotify, iaitu Daniel Ek dan juga Martin Lorentzon, yang mana seterusnya kedua-dua mereka telah merevolusi industri muzik seluruh dunia melalui penstriman.

Siri yang bakal diterbitkan oleh Yellow Bird UK ini masih tidak mempunyai tarikh tayangannya buat masa ini.



TIPS & ULASAN