Carian
Xiaomi Mi Note 10 Pro – Telefon Pintar Dengan Lensa 108MP Untuk Prestasi Kamera Menakjubkan
December 18, 2019 Lina Rosli

Tahun ini, kebanyakkan jenama telefon pintar hadir dengan pelbagai penawaran spesifikasi yang menarik. Antara spesifikasi yang diperkenalkan termasuk penampilan lensa untuk kamera utama yang besar. Oleh itu, Xiaomi kini hadir dengan peranti kelas pertengahan dengan spesifikasi menakjubkan iaitu Xiaomi Mi Note 10 Pro atau nama lainnya di pasaran luar adalah Xiaomi CC9 Pro. 

Untuk keluaran kali ini, Xiaomi memfokuskan keunikan kamera utama iaitu lensa utama sebesar 108-Megapixel. Menarik mengenai telefon pintar ini adalah Xiaomi Mi Note 10 Pro adalah peranti dengan kamera paling baik di dunia. Ia diiktiraf oleh DXOMark setaraf dengan Huawei Mate 30 Pro. 

Peranti ini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia iaitu pada 3 Disember yang lalu pada harga RM2499.  Peranti ini dilengkapi skrin 6.47-inci AMOLED melengkung, bateri bersaiz 5260mAh dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 730G. Penawaran dari segi spesifikasi dalaman adalah memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Untuk rakaman gambar, Xiaomi Mi Note 10 Pro membawakan lima kamera utama yang menggabungkan lensa utama 108MP , lensa portrait 12MP, lensa sudut ultra lebar 20MP, lensa telefoto 5MP dan lensa makro 2MP. Sementara kamera swafoto pula menggunakan lensa 32MP

Menerusi lensa 108MP, ia membawakan hasil imej berkualiti seakan DSLR dengan resolusi 12032 x 9024 pixel selain anda boleh mencetak poster sebesar 4.2m dengan jelas dan terperinci tanpa sebarang efek pecah pada gambar. Anda juga boleh mendapatkan rakaman gambar yang jelas dan jitu selain dapat merakam subjek yang jauh yang mana ia dilengkapi sokongan zum optikal 5x, zum hibrid 10x dan zum digital 50x. 

Melalui fungsi zum yang ditawarkan, ia akan menggabungkan kesemua lima lensa iaitu lensa utama, lensa portrait, lensa sudut ultra lebar, lensa telefoto dan lensa makro yang menjadikan rakaman gambar dan video anda akan menjadi lebih jelas dan cantik, malah untuk zum ke subjek yang jauh juga sangat mudah dan jelas. Tambahan lagi, dengan adanya lima kamera ini juga dapat merakam gambar dan video seakan professional di dalam pelbagai persekitaran dan senario. 

Gabungan kelima-lima kamera ini menjadikan hasil imej pada Xiaomi Mi Note 10 Pro sangat baik. Ini kerana ia berupaya menghasilkan gambar pada resolusi tinggi, dan pilihan sudut ultra lebar memberikan pemandangan yang lebih luas dan menghasilkan gambar yang lebih cantik. Melengkapi kamera yang pro ini adalah mod-mod rakaman yang pelbagai, seperti mod 108MP, mod slow motion, mod video pendek yang boleh di-zum sehingga 2x bersama ultra-lebar, mod makro, mod bokeh pelangi, dan pelbagai lagi. Anda juga boleh menggunakan ciri-ciri yang disediakan untuk rakaman swafoto seperti AI Portrait, AI Beauty, Mimoji, rakaman swafoto Panorama, AI Scene Detection dan AI Face Unlock.

This slideshow requires JavaScript.

Bukan itu sahaja, kamera belakang peranti Xiaomi ini mampu merakam video gerak perlahan 960fps dan 4K 30fps. Sistem kecerdasan buatan Xiaomi juga membantu untuk pasca proses hasil imej. Pada peranti kali ini, Xiaomi turut hadir dengan mod ultra stabil dan kualiti rakaman audio yang tinggi apabila merakam video. Peranti ini dilengkapi dengan lensa 8P dan dwi-OIS yang menyediakan kualiti gambar yang lebih baik selain membantu mengurangkan kesan hingar

Seterusnya, ia turut menyokong fungsi lain seperti vlog mode dan raw files. Untuk rakaman vlog, ia boleh dirakam menerusi fungsi Short Video berdurasi 15 saat. Melaluinya, ia turut hadir dengan beberapa tetapan lain seperti pilihan TikTok Magic Stickers, muzik dan speed untuk rakaman vlog. Dengan ini, anda boleh mendapatkan hasil video yang lebih menarik mengikut citarasa anda. Xiaomi Mi Note 10 Pro menggunakan algoritma baru iaitu raw untuk proses pemandangan malam pada ketepatan yang lebih tinggi dan terperinci dalam pelbagai keadaan cahaya. 

Dari segi rakaman video, peranti ini boleh merakam sehingga resolusi 4K, namun fungsi penstabilan imej hanya boleh diaktifkan untuk rakaman 1080p. Ia juga hadir dengan rakaman 60fps, namun hanya dihadkan untuk resolusi 1080p dan 720p. Menariknya, anda juga boleh menambah muzik dan menambah ciri Beauty untuk video.

Beralih ke rekaan peranti Xiaomi Mi Note 10 Pro, ia menyediakan skrin melengkung yang bersifat ergonomik untuk cengkaman yang selesa. Dengan skrin bersaiz 6.47 inci, Xiaomi Mi Note 10 Pro membawakan paparan hampir nirbingkai dengan rekaan kerangka melengkung 3D. Xiaomi turut mengintegrasikan pelbagai teknologi lain padanya, termasuk sokongan pengimbas cap jari pada skrin, sokongan NFC, dan juga sokongan bicu audio 3.5mm padanya.

Menurut Xiaomi Malaysia, telefon pintar ini juga menawarkan fungsi kamera yang cukup baik yang bersesuaian untuk pengguna yang menginginkan telefon pintar dengan prestasi kamera yang berkuasa. Menerusi ciri dan fungsi yang diperkenalkan, ia jelas menunjukkan Xiaomi berupaya menawarkan peranti dengan fungsi ‘Pro’ pada harga yang sangat munasabah. Di Malaysia, siri telefon pintar Xiaomi Mi Note 10 ditawarkan pada harga bermula RM2099 sahaja. Untuk penawaran warna pula adalah Aurora Green, Glacier White dan Midnight Black. Bagi yang berminat untuk memiliki telefon pintar siri Xiaomi Mi Note 10 ini, anda boleh mendapatkannya melalui kedai atas talian mereka di Lazada atau Shopee.

  • Beli:
  • Beli:
  • Beli:
  • Beli:

Penafian: Advertorial daripada Xiaomi Malaysia

Komen