Twitter Untuk iOS Kini Menyokong Muat Naik Live Photos Dalam Bentuk GIF Beranimasi

Twitter Untuk iOS Kini Menyokong Muat Naik Live Photos Dalam Bentuk GIF Beranimasi

Diterbitkan pada Dis 12, 2019 oleh .

Saban hari jutaan gambar diambil menggunakan peranti iOS dengan fungsi Live Photos diaktifkan. Namun begitu tidak ramai yang dapat berkongsi video yang turut dirakam bersama gambar tersebut ke media sosial. Bagi pengguna aplikasi Twitter versi iOS, media sosial ini akhirnya memberikan ciri memuat naik Live Photos sebagai GIF beranimasi.

Pengguna hanya perlu memilih gambar Live Photos dari Camera Roll untuk diciap. Sebuah ikon kecil akan dapat dilihat pada sisi bawah kiri gambar tersebut Tekan butang GIF untuk memuat naik dalam bentuk GIF. Tekan sekali lagi jika anda ingin hanya memuat naik dalam bentuk JPEG. Ia boleh dilakukan oleh kesemua pengguna aplikasi Twitter iOS sekarang.



TIPS & ULASAN