Cari @ Amanz

Dengan kehadiran tahun 2020, pelbagai desas-desus akan hadir berkaitan dengan telefon pintar mercu akan datang daripada pelbagai pengeluar, termasuk Samsung.

Samsung sering memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka sekitar Februari, dan kini mengikut desas-desus terbaru, Samsung dikatakan akan memperkenalkan telefon pintar siri Galaxy S11 dan juga Galaxy Fold 2 pada 18 Februari 2020 kelak.

Samsung dijangka memperkenalkan ia di Amerika Syarikat, sebelum acara MWC – lebih kurang seperti pada tahun ini.

Mengikut desas-desus dan pelbagai laporan sebelum ini, Galaxy S11 dijangka hadir dengan kamera belakang 108-megapixel, selain mana Galaxy Fold 2 pula dijangka membawakan rekaan calmshell.

Buat masa ini, ia hanya sekadar desas-desus sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa minggu-minggu akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd