Nokia C1 Diumumkan – Peranti Android 9 Go Mampu Milik

Nokia C1 Diumumkan – Peranti Android 9 Go Mampu Milik

Diterbitkan pada Dis 12, 2019 oleh .

Jenama Nokia dibina dengan penghasilan telefon mampu milik yang ditawarkan di kesemua perosok dunia. DNA Nokia masih lagi wujud selepas peranti dihasilkan oleh HMD Global. Di Kenya semalam, Nokia C1 telah diumumkan dan ia adalah sebuah peranti Android 9 Go Edition mampu milik,

Nokia C1`dilengkapi skrin 5.45″ LCD 480 x 960 pixel, dijana cip 1,2GHZ empat teras, memori sebesar 1GB RAM, storan 16GB, kamera utama 5 MP, kamera hadapan 5 MP dan bateri sebesar 2400 mAh. Pengecasan dilakukan menerusi port mikro USB. Sebuah flash juga disertakan pada bahagian hadapan.

Walaupun dilancarkan pada tahun 2019, C1 hanya menyokong rangkaian 3G sahaja di Kenya dengan Nigeria akan menjadi pasaran seterusnya.Harga jualan Nokia C1 ialah KES 6,000 (~RM245) sebuah.


TIPS & ULASAN