Hari ini, Realme Malaysia telah melancarkan Realme 5s. Ia adalah peranti ketiga dalam barisan Realme 5, selepas Realme 5 dan Realme 5 Pro. Realme 5s ini adalah mirip dengan Realme 5 sahaja, tetapi dengan kamera yang lebih hebat.
Realme 5s menggunakan skrin 6.5-inci IPS LCD dengan resolusi HD+ sahaja. Peranti ini dijana dengan Snapdragon 665 dan dipadankan dengan memori yang terhad kepada 4GB RAM dan storan 128GB. Untuk kamera utama, empat lensa digunakan iaitu 48MP f/1.8 + 8MP f/2.2 sudut ultra lebar + 2MP f/2.4 makro + 2MP f/2.4 lensa kedalaman. Manakala, kamera swafoto pula menggunakan lensa 13MP f/2.0. Bateri yang dimuatkan adalah 5000mAh dengan kuasa pengecasan 10w melalui microUSB.
Peranti ini dijual pada harga RM799 dan boleh dibeli di Malaysia bermula pada 19 Disember 2019. Setiap pembeli terawal akan menerima kerangka pelindung rasmi Realme dan juga Realme Buds 2.