Cari @ Amanz

Peranti dengan rekaan kamera empat segi digunakan oleh Samsung pada Galaxy M30s beberapa bulan yang lalu. Hari ini Samsung Galaxy A51 diumumkan di Vietnam secara rasmi da ia juga hadir dengan bonjol kamera empat segi dan juga sistem operasi Android 10.

Samsung Galaxy A51 dilengkapi skrin 6.5″ FHD+ SAMOLED, dijana cip Exynos 9611, memori 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 48+12+5+5 MP, kamera swafot0 32 MP dan bateri sebesar 4000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W. Sistem operasi Android 10 yang digunakan hadir dengan pelancar terbaru One UI 2.0.

Kamera utama dilengkapi sensor yang mengesan kedalaman dan juga sensor khas untuk fotografi makro. Kamera swafoto pula diletakkan di dalam lubang pada skrin seperti yang dilihat pada Note 10. Seperti Note 10 juga, A51 dilengkapi pengimbas cap jari bawah skrin tetapi dari jenis optikal.

Di Vietnam Samsung Galaxy A51 akan dijual bermula 27 Disember pada harga 7,990,000 VND (~RM1440) sebuah dalam warna Prism Crush Black, Prism Crush White, Prism Crush Pink, dan Prism Crush Blue.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd