Semalam telah kami laporkan yang Netflix hadir dengan pelan untuk peranti mudah alih di Indonesia. Pelan ini ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding di Malaysia, iaitu Rp 49,000 (~RM14.52). Di Malaysia harga pelan ini adalah RM17.
Terkini di India, Netflix dilihat menguji pelan bayaran yang lebih murah. Pelan ini adalah pelan tahunan dan lebih menarik, pengguna yang melanggan pelan ini akan menerima diskaun sebanyak 50%. Pelan tahunan ini ditawarkan pada harga Rs. 9,588 dan dengan potongan 50%, pengguna hanya perlu membayar Rs. 4,799 (~RM282.82). Pelan lain adalah 3-bulan yang ditawarkan dengan harga Rs. 2,797 dengan diskaun 20%, jadi bayaran adalah hanya Rs. 1,919 (~RM113.09) dan akhir sekali adalah pelan 6-bulan yang ditawarkan Rs. 4,794 dengan diskaun 30%, jadi harganya adalah Rs. 3,359 (~RM198). Pelan ini semua adalah pelan premium, yang harga di Malaysia adalah RM51 sebulan. Jadi ini bermakna pengguna di India, hanya perlu membayar sekitar RM23.57 sebulan untuk pelan premium jika melanggan pelan tahunan.