Cari @ Amanz

Opera sedia terkenal dengan penawaran pelayar web mereka. Baru-baru ini, Opera turut telah hadir dengan sebuah pelayar web edisi khas yang memfokuskan kepada permainan di web, dinamakan Opera GX. Ketika pengenalan, ia hanya ditawarkan di Windows sahaja, dan kini pelayar web berkenaan turut telah ditawarkan untuk macOS.

Opera GX

Opera GX hadir dengan fokus memudahkan dan memberikan pengalaman lebih baik kepada pengguna ketika memainkan permainan. Pengguna boleh membuat kawalan seperti penggunaan memori, CPU dan sebagainya, selain turut hadir dengan integrasi Twitch untuk penstriman.

Opera GX juga turut menyertakan halaman setempat bagi memudahkan anda mengikuti pelbagai perkara berkaitan permainan video dengan mudah.

Bagi anda yang banyak memainkan permainan di web – dan apatah lagi dengan kehadiran perkhidmatan penstriman permainan, mungkin boleh mencuba Opera GX ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd