Samsung Telah Menjual Lebih 1 Juta Galaxy Fold Setakat Ini

Samsung Telah Menjual Lebih 1 Juta Galaxy Fold Setakat Ini

Diterbitkan pada Dis 13, 2019 oleh .

Samsung kini telah berkongsi melalui acara TechCrunch Disrupt, mengatakan mereka telah menjual 1 juta telefon Galaxy Fold sehingga ke hari ini.

Angka ini sekaligus memperlihatkan yang mana orang ramai berminat dengan teknologi skrin boleh-lipat yang baru, dan sanggup mengeluarkan wang yang tinggi untuk menjadi terawal mencuba dan menggunakannya.

Samsung Galaxy Fold merupakan telefon boleh-lipat pertama daripada Samsung yang ditawarkan secara komersil. Ia menggunakan rekaan skrin boleh-lipat, dimana peranti boleh dilipat dua untuk dibawa dalam saku, atau dibuka untuk menikmati kandungan pada saiz skrin yang besar.

Ia telah diperkenalkan pada Februari 2019 yang lepas, dan hanya dipasarkan sekitar penghujung September.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Fold ditawarkan pada harga RM8388.


TIPS & ULASAN