Google Assistant Kini Menyokong ‘Interpreter Mode’ Pada Peranti Pintar

Google Assistant Kini Menyokong ‘Interpreter Mode’ Pada Peranti Pintar

Diterbitkan pada Dis 13, 2019 oleh .

Berita baik untuk pengguna Google Assitant yang akan pergi keluar negara kerana akhirnya Interpeter Mode telah diaktifkan pada telefon pintar Android dan iOS. Menerusi mod penterjemah, Assistant akan menterjemah audio terus ke bahasa asing yang telah ditetapkan. Sebelum ini mod penterjemah ini hanya diberikan pada speaker pintar Google.

Untuk mengaktifkan mod ini, pengguna hanya perlu memberi arahan “Hey Google, be my Japanese translator” atau “Hey Google, help me speak French”. Dengan ini adalah lebih mudah untuk berinteraksi dengan penduduk setempat yang bahasa ibundanya tidak diketahui oleh pengguna. Pada waktu ini Interpreter Mode hanya menyokong 44 bahasa sahaja.

Dengan ciri yang terbina terus dalam Assistant, pengguna tidak lagi perlu memuat turun aplikasi Google Translate secara berasingan apabila ke luar negara. Fiksyen peranti Universal Translator dari siri Star Trek kini semakin hampir menjadi realiti.



TIPS & ULASAN