Apple Mengambil Alih Spectral Edge Bagi Meningkatkan Kemampuan Kamera iPhone

Apple Mengambil Alih Spectral Edge Bagi Meningkatkan Kemampuan Kamera iPhone

Diterbitkan pada Dis 13, 2019 oleh .

Pada tahun 2019, kita dapat melihat bagaimana perisian dapat membantu meningkatkan kualiti gambar yang diambil menggunakan telefon pintar. Algoritma dan kecerdasan buatan boleh dilihat pada peranti Pixel dan Apple dengan hasil yang cukup menakjubkan terutamanya dalam mod malam.

Bagi meningkatkan lagi kemampuan kamera iPhone, Apple dilaporkan telah mengambil alih firma Spectral Edge. Spectral Edge mempunyai kepakaran meningkatkan kualiti imej menggunakan teknik matematik. Gambar infra merah digabungkan dengan gambar biasa bagu menghasilkan imej yang lebih tajam dan warna yang lebih tepat. Tiada maklumat mengenai harga yang dibayar Apple untuk mengambil alih Spectral Edge.



TIPS & ULASAN