Apple MacBook Pro 16 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Hampir Mencecah RM29,000

Apple MacBook Pro 16 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Hampir Mencecah RM29,000

Diterbitkan pada Dis 13, 2019 oleh .

Apple MacBook Pro 16 dilancarkan sebulan yang lalu dan menggantikan MacBook Pro 15 sebagai komputer riba terbaik yang ditawarkan oleh Apple. Hari ini akhirnya pengguna di Malaysia dapat membelinya terus dari laman Apple Malaysia.

Harga jualan bermula dari RM10,499 untuk konfigurasi paling asas. Harga jualan akan mencecah RM28,818.80 jika konfigurasi tertinggi Intel Core i9 8 teras, memori sebesar 64GB DDR4 RAM, storan 8TB SSD, GPU AMD Radeon Pro 5500M 8GB, perisian Final Cut Pro X dan Logi Pro X dipilih.

Apple MacBook Pro 16 bukan sahaja dilengkapi skrin yang lebih besar tetapi membawakan penambahbaikan pada papan kekunci yang tidak lagi menggunakan mekanisme kupu-kupu. Papan kekunci Magic Keyboard dengan mekanisme gunting dikembalikan dan jarak pergerakan yang lebih tinggi. Selain itu kemampuan audio turut dipertingkatkan.


TIPS & ULASAN