Cari @ Amanz

Honor MagicWatch2 ialah jam tangan pintar mampu milik yang dilancarkan di China bulan lalu. Ia mempunyai spesifikasi yang sama dengan Huawei Watch GT2 dengan sedikit perubahan pada rekaan dilalukan. Jam tagan pintar ini akan akhirnya dilancarkan di Malaysia pada 18 Disember hadapan.

Honor MagicWatch 2 hadir dalam dua saiz skrin  1.4″ dan 1.2″ dengan saiz kerangka 46mm atau 42mm. Skrin adalah dari panel AMOLED dengan resolusi 454p x 454p atau 390p x 390p. dijana dengan cip pemproses Kirin A1, masih menggunakan sistem operasi tersendiri dan mempunyai bateri sehingga 14 hari. Tidak cukup dengan itu, Honor MagicWatch 2 turut mempunyai perlindungan kalis air 5ATM dan menyokong untuk dibawa berenang. Terdapat juga sokongan GPS dan GLONASS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd