Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi Your Phone yang membolehkan telefon dihubungkan ke PC, dan seterusnya melakukan sejumlah perkara, termasuk memindahkan fail, menerima notifikasi, dan juga turut menguji sokongan membuat panggilan suara.

Windows 10 Call

Terbaru, selepas menguji ciri membuat panggilan suara terus melalui PC sejak beberapa bulan yang lepas, terbaru Microsoft telah pun memperkenalkan sokongan berkenaan secara rasminya kepada semua pengguna seluruh dunia.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android dan komputer Windows 10, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Your Phone ini, dan menghubungkan peranti anda – sekaligus menguruskan komunikasi anda dengan lebih efisien lagi berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd