Cari @ Amanz

Honor sebelum ini telah hadir dengan beberapa peranti bersaiz besar, dan salah satunya adalah Honor 8X Max yang telah dilancarkan di China pada 2018 yang lepas. Menariknya, kini telefon pintar dengan skrin “Max” ini turut telah hadir ke pasaran tempatan.

Honor 8X Max

Honor 8X Max hadir dengan skrin 7.12-inci FHD+, menggunakan rekaan skrin bertakuk, dijana cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM, dan storan 128GB.

Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel. Menariknya, ia turut hadir dengan bateri bersaiz 5000mAh, tetapi dicas menggunakan mikro-USB.

Bagi anda yang berminat, peranti ini boleh didapati daripada pengedar Honor rasmi seluruh negara pada harga RM899.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd