Cari @ Amanz

Microsoft sedia menekankan bentuk rekaan Fluent Design sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terbaru, berkongsi lanjut mengenainya, pihak Microsoft memperlihatkan mereka telah merekabentuk dan memberikan nafas baru untuk lebih 100 ikon dan logo pada sistem operasi mereka.

Rekaan baru ini menekankan kepada bentuk pencahayaan, gerakan dan juga bahan (“material”) pada rekaan – sekaligus menghasilkan kesan yang unik dan menarik melaluinya. Melalui pembaharuan yang disediakan, Microsoft menawarkan rekaan ikon yang lebih selari untuk pengguna, sekaligus menekankan yang mana ia adalah produk keluaran Microsoft. Penggunaan rekaan yang “tertimbul” dan seakan 3D juga akan memudahkan pengenalan produk mereka untuk kandungan realiti-terimbuh kelak.

Windows Ikon Baru

Windows Ikon Baru


Seperti ramai sedia maklum, selain penggunaan pada sistem operasi Windows, beberapa produk keluaran Microsoft turut ditawarkan untuk Android dan iOS. Langkah ini turut akan menawarkan pengalaman lebih selari – apatah lagi dengan Microsoft sendiri yang akan memasarkan peranti Android keluaran mereka.

Buat masa ini, Microsoft belum memberikan tarikh pasti untuk pengenalan logo-logo dan ikon-ikon baru ini secara menyeluruh. Dengan perkongsian baru daripada Microsoft ini, mungkin kita akan melihat ia diperkenalkan secara rasmi untuk semua produk mereka dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd