Carian
Video TikTok Kini Boleh Menggunakan Lagu Tema Rasmi Bintang-Bintang WWE
December 16, 2019 Effi Saharudin

Sudah agak lama kami tidak menonton rancangan gusti WWE tetapi sehingga kini ramai masih boleh mengenali lagu tema bintang-bintang seperti The Rock, dan The Undertaker. Lagu tema mereka sangat malar hijau kerana mengingatkan pengguna kepada zaman remaja mereka. TikTok telah mengumumkan 30 lagu tema rasmi atlet popular WWE kini boleh digunakan sebagai lagu latar pada platform mereka.

Antara lagu yang ditawarkan ialah dari  “Stone Cold” Steve Austin, The Undertaker, Ultimate Warrior, Becky Lynch, John Cena dan Sasha Banks. Pengumuman ini dilakukan serentak dengan WWE membuka akaun rasmi TikTok mereka untuk kekal relevan dengan peminat semasa yang menggunakan platform video tular ini. Jadi jika anda pengguna TikTok yang tegar, masa untuk menghasilkan meme “John Cena!” secepat mungkin.

Komen