Carian
Pengguna Celcom Di Kelantan, Terengganu & Pahang Mungkin Mengalami Gangguan Sementara
December 16, 2019 Aman

Celcom kini telah mengumumkan yang mana pengguna rangkaian Celcom di Kelantan, Terengganu dan Pahang mungkin mengalami gangguan rangkaian sementara disebabkan oleh kerosakkan fiber kerana banjir.

Celcom mengatakan pengguna mungkin mengalami gangguan untuk penggunaan data, selain untuk membuat dan menerima panggilan.


Celcom menyasarkan untuk menyelesaikan masalah ini menjelang 1 petang hari ini.

Komen