Carian
Giliran Turki Pula Menggunakan Dron Yang Dilengkapi Senjata Membunuh
December 16, 2019 Effi Saharudin

Beberapa prototaip dron yang dilengkapi raifal dan misil memusnahkan kereta kebal telah diperlihatkan sejak tiga tahun kebelakangan ini. Penggunaan dron telah berevolusi dari sekadar merisik lokasi musuh kepada senjata yang boleh membunuh. Turki telah mengesahkan akan menjadi sebuah lagi negara yang menggunakan dron bagi tujuan ketenteraan.

Dron Songar dibangunkan oleh Asisguard, sebuah firma yang berpangkalan di Angkara. Ia sebesar 25 kilogram dan dilengkapi sebuah raifal lengkap dengan pelancar bom tangan. Sebanyak 200 peluru boleh dibawa untuk setiap misi. Bagi memastikan ketepatan menembak, Songar dilengkapi sistem laser menjejak jarak dan lengan robot yang mengimbangi daya lantakan setiap kali raifal ditembak. Pada waktu ini ketepatan menembak Songar adalah sekitar 200 meter sahaja tetapi sedang ditambah baik bagi membolehkan operasi sehingga 400 meter dari sasaran.

Komen