DXOMark Audio – Sekali Lagi Pixel 4 Tewas Dengan Peranti Mercu Lain

DXOMark Audio – Sekali Lagi Pixel 4 Tewas Dengan Peranti Mercu Lain

Diterbitkan pada Dis 16, 2019 oleh .

Pada bulan Oktober lepas, DXOMark mengembang kepakaran mereka dalam ujian tanda aras dari fotografi ke audio pula. Pada ketika itu tidak banyak peranti yang diuji dan Huawei Mate 20X menerima skor 75 dan adalah yang paling tinggi berbanding peranti-peranti lain. Kini sudah ada lebih 10 peranti yang diuji dan skor yang diterima adalah memeranjatkan.

Huawei Mate 20X masih kekal berada di tangga teratas, begitu juga dengan iPhone XS Max (74) dan iPhone 11 Pro Max (71). Kini memintas skor Samsung Galaxy Note 10+ 5G, Samsung Galaxy Note 10+ (dua-dua skor 66) adalah Asus ROG Phone 2 dan Pixel 4 yang menerima skor 69 dan 68. Secara tidak langsung menyingkirkan peranti Samsung ini dari tangga lima teratas dan berada di bawah Pixel 4. DXOMark juga menguji peranti OnePlus 7 Pro yang menerima skor 65 yang setaraf dengan Samsung Galaxy S10+. Dua peranti yang berada di senarai paling bawah adalah Honor 20 Pro dengan skor 53 dan Sony Xperia 1 dengan skor 45.

Peranti Pixel yang selama ini terkenal dengan kualiti audio yang baik, kerana pembesar suara stereonya kini tidak berjaya memintas peranti yang dilancarkan pada tahun 2018. Ini membuktikan Pixel 4 adalah peranti yang mengecewakan dan paling hambar, sekali lagi.


TIPS & ULASAN