Carian
Daripada Hanya RM799 Anda Boleh Memiliki Siri Huawei Y9 Dengan Skrin, Storan dan Bateri Yang Besar
December 20, 2019 Syafia Hani

Umum mengetahui bahawa kita sudahpun berada di penghujung tahun 2019. Namun, sudahkah azam anda tahun 2019 ini tercapai? Bagi anda yang berazam untuk mengurangkan perbelanjaan dan ingin mempunyai simpanan sendiri, ini adalah cara bagaimana untuk menjadi pengguna yang bijak dalam berbelanja.

1. Gunakan Formula 50/30/20 Dalam Proses Penyimpanan Wang

Formula asas ini adalah antara langkah yang sering digunakan dalam usaha untuk memastikan kita mempunyai simpanan dalam setiap aspek kewangan. Kebiasaannya, peraturan ini akan mengagihkan 50% daripada pendapatan anda untuk kegunaan keperluan utama dan komitmen yang perlu dibayar setiap bulan seperti makan dan minum, pembiayaan rumah, kereta, bil dan utiliti yang lain.

20% daripada pendapatan anda pula perlu diagihkan untuk kecemasan, simpanan persaraan dan pelaburan. Manakala, 30% daripada pendapatan bulanan anda boleh digunakan untuk diri sendiri. Ia merupakan komitmen tidak tetap atau perbelanjaan yang sering berubah ubah mengikut situasi. Contohnya adalah seperti pergi melancong, membeli belah, membeli gajet dan banyak lagi.

2. Kategorikan Perbelanjaan Anda Kepada Keperluan Atau Kemahuan

Penduduk yang berbilang kaum di Malaysia memberi peluang kepada kita untuk menyambut pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun. Malah, pada setiap kali perayaan kita sering dihantui oleh pelbagai promosi sempena sesuatu perayaan. Ini membolehkan kita untuk berjimat lebih pada musim jualan. Namun, bagi mencapai matlamat anda untuk berjimat, anda harus kategorikan barangan yang anda ingin beli samaada ia merupakan satu keperluan atau kemahuan sebelum membelinya. Hal ini adalah bagi mengelakkan anda untuk membeli barangan yang tidak perlu dan menjadikannya sebagai pembaziran.

Seperti contoh, anda memerlukan sebuah telefon pintar untuk kegunaan harian, yang mana ciri-cirinya perlulah mempunyai skrin yang cukup besar untuk mendapatkan paparan yang selesa ditatap, kapasiti bateri yang besar untuk kegunaan telefon pintar yang lama, dan juga storan yang besar untuk menyimpan pelbagai fail. Ciri lain yang tidak penting bukanlah keperluan anda, jadi hanya perlu membeli sebuah telefon pintar yang memenuhi keperluan anda sahaja, dan bukan kemahuan. Dalam situasi ini, dengan memilih telefon pintar siri Huawei Y9, anda boleh mendapatkan kesemua ciri yang anda perlukan pada harga bermula daripada RM799. Jimat bukan?

3. Jadi Pengguna Yang Bijak Dalam Berbelanja

Telefon pintar kini sudahpun menjadi keperluan kepada kita semua. Apa yang membezakannya adalah adakah anda memerlukan telefon pintar yang mahal atau ia sekadar kemahuan sahaja? Sekiranya anda ingin berjimat, namun dalam masa yang sama ingin membeli telefon pintar yang memenuhi keperluan harian anda, siri Huawei Y9 adalah antara pilihan yang bijak.

Hal ini adalah kerana, pada harga hanya bermula RM799, anda boleh memiliki sebuah telefon pintar terbaru daripada Huawei, iaitu siri Huawei Y9. Telefon pintar ini dilengkapi dengan rekaan skrin yang besar, iaitu sebesar 6.59 inci dengan paparan Ultra FullView Displaystoran sebesar 128GB dan juga kapasiti yang cukup besar, iaitu 4000mAh.

Dengan rekaan skrin sebesar 6.59 inci ini, anda boleh menikmati paparan yang lebih luas kerana ia memiliki nisbah skrin ke badan sebanyak 91%, yang mana resolusinya pula menyokong untuk membuat paparan 2340x1080px. Dengan ini, anda boleh menikmati paparan skrin yang lebih luas sekaligus memberikan pengalaman tayangan video, permua dan pengalaman pembacaan yang lebih memuaskan.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh cip Kirin 710F dan dilengkapi dengan rekaan kamera tri kamera bersama sensor utama 48MP yang dikatakan mampu untuk membuat rakaman yang terperinci, 8MP untuk sudut Ultra Lebar seluas 120 darjah, dan 2MP untuk lensa sudut kedalaman. Bagi lensa 48MP sendiri, rakamannya dibantu oleh teknologi Artificial Intelligence (AI) yang membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman yang lebih jelas, tajam, dan membantu untuk membuatkan rakaman anda menjadi lebih cantik.

Siri Huawei Y9 ini juga dilengkapi dengan penawaran storan 128GB. Dengan penawaran storan sebesar ini, anda boleh memuatkan lebih banyak fail untuk gambar, video, dan juga permua. Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan teknologi EROFS yang dapat meningkatkan kelajuan penghantaran fail dan juga membantu untuk menjimatkan ruang storan. Dengan ini, anda boleh menyimpan lebih banyak fail yang anda inginkan.

Kapasiti bateri siri Huawei Y9 yang besar ini juga sangat membantu dalam memberikan pengalaman penggunaan yang memuaskan untuk sebuah telefon pintar mampu milik. Dengan kapasiti bateri 4000mAh, ia dikatakan mampu untuk membuat panggilan berterusan sehingga 40jam, memainkan lagu sehingga 80 jam dan video sehingga 9 jam. Kini, anda boleh strim video atau bermain permua dengan lebih lama tanpa perlu risau kehabisan bateri.


Kesimpulannya, sekiranya anda ingin berjimat, tetapi dalam masa yang sama anda ingin membeli sebuah telefon pintar pada harga mampu milik, siri Huawei Y9 adalah antara pilihan yang baik. Di bawah siri ini, ia menawarkan dua model telefon pintar, iaitu Huawei Y9 Prime pada harga RM799 dan Huawei Y9s pada harga RM999. Dengan harga bermula RM799 ini, anda boleh memiliki sebuah telefon pintar yang memenuhi bukan sahaja keperluan, malah kemahuan anda sendiri, iaitu sebuah telefon pintar pada harga mampu milik, dengan skrin, storan dan kapasiti bateri yang besar.

Jadi, mengapa perlu bayar lebih, sekiranya anda boleh mendapatkan sebuah telefon pintar yang dengan spesifikasi yang anda inginkan pada harga yang mampu milik? Bagi anda yang berminat untuk memiliki telefon pintar ini, boleh layari laman rasmi Huawei sendiri atau pengedar pengedar rasmi mereka.

Penafian: Advertorial daripada Huawei Malaysia

Komen