Honor 9X Edisi Khas “Stoned & Co” Diumumkan – Berharga RM999

Honor 9X Edisi Khas “Stoned & Co” Diumumkan – Berharga RM999

Diterbitkan pada Dis 17, 2019 oleh .

Honor Malaysia telah pun mula menawarkan Honor 9X untuk pasaran tempatan sejak daripada bulan lepas, dan terbaru mereka turut membawa masuk sebuah variasi peranti edisi khas hasil kerjasama dengan pengeluar tempatan, Stoned & Co.

Edisi khas ini kekal ditawarkan pada harga RM999 seperti versi asal, dan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad.

HONOR 9X Stoned & Co

Honor 9X edisi khas ini akan hadir dengan rekaan kotak khusus, selain turut menyertakan kerangka khusus bersama-sama dengannya yang direka oleh Stoned & Co.

Honor 9X menggunakan skrin 6.59-inci, dijana cip Kirin 710F, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan tri-kamera 48MP + 2MP (depth) + 8MP (ultra-lebar) pada bahagian belakang. Peranti ini turut hadir dengan sokongan Google Mobile Services untuk penawaran pengalaman Android menyeluruh.

Peranti edisi terhad ini akan ditawarkan bermula 20 Disember kelak dalam kuantiti yang sangat terhad.


TIPS & ULASAN