Komputer Riba Gaming Predator Triton 300 Kini Di Pasaran Tempatan Bermula Dari RM3699

Komputer Riba Gaming Predator Triton 300 Kini Di Pasaran Tempatan Bermula Dari RM3699

Diterbitkan pada Dis 17, 2019 oleh .

Komputer riba Predator Triton 300 diumumkan sewaktu acara Acer Global Press Conference di Berlin beberapa bulan yang lalu. Hari ini, pihak Acer Malaysia telah mengumumkan bahawa komputer riba gaming ini sudahpun boleh dibeli di pasaran tempatan.

Predator Triton 300 ini dilengkapi dengan paparan IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD, kadar segar semula 144Hz dan tempoh maklum-balas 3ms. Ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5 ataupun Core i7 generasi kesembilan, memori DDR4 sehingga 8GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

 

 

Dari segi grafik, Predator Triton 300 ini dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 yang cukup berkuasa untuk menggerakkan permainan-permainan komputer popular hari ini seperti League of Legends, DoTA 2, Apex Legends, Overwatch dan lain-lain pada resolusi Full HD.

 

Acer Malaysia telah membawa masuk dua model komputer riba Predator Triton 300 ini, yang termasuk satu model yang dikuasakan Intel Core i5 generasi kesembilan dan satu model yang dikuasakan Intel Core i7 generasi kesembilan. Kedua-dua model Predator Triton 300 ini sudah boleh dibeli di kedai-kedai pengedar Acer Malaysia.

  • Acer Predator Triton 300 (Intel Core i5, 4GB RAM) – RM3699
  • Acer Predator Triton 300 (Intel Core i7, 8GB RAM) – RM4799


TIPS & ULASAN