Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan ganjaran pulangan tunai kembali untuk perbelanjaan di beberapa perkhidmatan. Turut menyertai arena sama adalah Revo.
Revo merupakan salah satu perkhidmatan baru yang memfokuskan khas kepada pengguna kad kredit Mastercard sahaja buat masa ini.
Melaluinya, pengguna perlu pautkan kad kredit Mastercard mereka kepada aplikasi Revo, dan seterusnya menerima pulangan tunai dan ganjaran apabila membuat pembayaran di beberapa kedai-kedai terpilih. Pulangan tunai berkenaan akan dikreditkan pada akaun Revo, dan pengguna kemudiannya boleh memindahkan ia kepada akaun bank anda.
Bagi anda yang menggunakan kad kredit Mastercard, mungkin boleh menyemak aplikasi Revo ini hari ini.
- Layari : Revo