Monitor yang besar dan hadir dengan resolusi 4K menjadi keperluan sekarang bagi menikmati grafik permainan video pada tetapan grafik terbaik. Acer hari ini mula menawarkan monitor Predator CG437K di Malaysia yang turut hadir dengan sokongan HDR sehingga 1000 nits.
Skrin 43-inci dengan panel VA yang digunakan menyokong resolusi 3840×2160 pixel, bernisbah 16:9, kadar segar semula sehingga 144Hz, masa tindak balas 1ms dan mampu memaparkan 90% warna DCI-P3. Turut disokong ialah sistem NVIDIA G-Sync. Dua pembesar suara 10W menyokong audio stereo.
Input yang disokong ialah 3x HDMI 2.0, 2 DP 1.4, dan 1 USB-C. Pilihan I/O pula ialah 2x USB 3.0, 1x USB 2,0 dan satu bicu audio output. Di Malaysia monitor Acer Predator CG437K ini dijual pada harga RM4699 sebuah.