Vivo Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo V17.
Vivo V17 hadir dengan skrin 6.44-inci FHD+ Super AMOLED, dijkana cip Snapdragon 675, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia menyertakan bateri berkapasiti 4500mAh bersama-sama dengannya.
Melengkapkan ia adalah empat kamera belakang gabungan 48MP + 8MP (sudut lebar) + 2MP (bokeh) + 2MP (makro), selain kamera swafoto 32-megapixel.
Vivo turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin di Vivo V17 ini.
Di Malaysia, telefon pintar ini akan ditawarkan dalam pilihan biru dan putih bermula 21 Disember 2019 kelak, pada harga RM1699.