Cari @ Amanz

Apa yang berlaku kepada Huawei kini akan juga berlaku kepada kesemua peranti Android baharu yang memasuki pasaran Turki. Menurut laporan Reuters, Google telah menghentikan sokongan Google Mobile Services kepada semua peranti Android baharu yang akan dilancarkan di negara tersebut. Tindakan ini diambil selepas jawatan kuasa persaingan Turki mendapati Google gagal memenuhi perintah yang diberikan mereka tahun lalu,

Google telah didenda 93 juta Lira Turki (~RM 66 juta) tahun lalu kerana didapati melanggar akta anti monopoli kerana tidak membenarkan pengguna mengubah enjin carian default dari Google ke pilihan sendiri pada peranti Android. Tindakan Google ini adalah tidak dijangka sama sekali memandangkan mereka bersetuju untuk membenarkan enjin carian diubah bagi mematuhi arahan Kesatuan Eropah sebelum ini.

Walaupun sokongan GMS tidak akan lagi diberikan, peranti lama masih boleh terus menggunakan GMS tanpa sebarang gangguan kepada kesemua perkhidmatan Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd