Cari @ Amanz

Kita kini sudah berada di penghujung tahun 2019 yang mana kebiasaannya pelbagai jualan akhir tahun akan dijalankan. Begitu juga dengan salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia, Celcom kini telah mula menjalankan Celcom Gempak Sale mereka daripada 27 November 2019 hingga 31 Disember 2019 kelak. Melalui Celcom Gempak Sale ini, anda berpeluang untuk mendapatkan sebuah telefon pintar secara percuma, pelbagai potongan harga, dan juga diskaun untuk telefon pintar.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebuah telefon pintar secara percuma, anda hanya perlu mendaftar ke program Device Bundle. Antara telefon pintar yang ditawarkan dibawah program ini adalah Huawei Mate 30, Samsung Galaxy A30, iPhone 7 128GB, OPPO A9 (2020), OPPO A5s, dan juga VIVO Y11. Dengan mendaftar dibawah pelan Celcom Mobile juga, anda berpeluang untuk mendapatkan telefon telefon pintar ini tanpa perlu membayar sebarang wang pendahuluan sekiranya anda layak.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk menikmati pelbagai potongan harga sekiranya melanggan pelan XP Lite yang menawarkan pengguna panggilan percuma tanpa had dan data 1GB sebulan pada harga RM28 sahaja untuk setiap bulan. Dibawah pelan ini juga, Celcom menawarkan dua pas penambahan data, iaitu M Pass dan juga L Pass. Untuk setiap penambahan yang anda bayar, samaada untuk M Pass atau L Pass, anda akan menerima pelbagai baucar secara percuma. Antara baucar yang ditawarkan adalah Grab, Boost, Baskin Robbins dan juga Texas Chicken.

Celcom Gempak Sale ini juga mengumumkan bahawa anda juga berpeluang untuk menerima harga diskaun untuk pelan XP Lite yang berharga RM58 kepada RM30 sahaja setiap bulan. Melalui Celcom Gempak Sale ini juga, anda juga boleh mendapatkan potongan harga sehingga 55% untuk telefon pintar Samsung Galaxy. Antara telefon pintar yang ditawarkan adalah Samsung Galaxy S10, Galaxy S10+ dan juga Galaxy Note 10. Pelan ini ditawarkan secara eksklusif di kedai atas talian Celcom. Bagi setiap langganan di pelan Celcom Mobile melalui kedai atas talian Celcom, anda berpeluang untuk menerima rebat sehingga RM180.

Jadi, sekiranya anda berminat untuk dapatkan pelbagai tawaran hebat sepanjang Celcom Gempak Sale ini berlangsung, jangan lupa untuk melayari ke kedai atas talian Celcom atau cawangan Celcom Bluecube mereka. Antara tawaran yang diberikan kepada setiap pelanggan Celcom adalah potongan harga telefon pintar sehingga 55%, pulangan tunai sehingga RM180 dan juga harga diskaun untuk pelan Celcom XP Lite daripada harga RM50 kepada RM30 sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang kerana Celcom Gempak Sale ini sudahpun berlangsung bermula 27 November yang lalu sehingga 31 Disember 2019 kelak.

Penafian: Advertorial Dari Celcom

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd