Carian
ChromeOS Menguji Aplikasi Pemain Media Tersendiri
December 17, 2019 Fahim Zahar

Perkembangan pembangunan Chrome OS adalah sangat dahsyat. Terlampau banyak perubahan drastik, jika dibandingkan dengan Chrome OS versi lama. Sistem operasi yang ringan ini sudah ada sokongan Google Assistant, rekaan yang mirip sistem operasi Android, mempunyai sistem operasi Android terbina dan banyak lagi.

Terkini, Chrome OS sedang menguji pemain media tersendiri pula. Kenapa? Jika anda pernah menggunakan Chrome OS, anda akan perasan yang ia tidak mempunyai pemain media yang baik. Jadi, fail-fail video tidak semua boleh dimainkan. Sebelum ini untuk membuka fail video atau imej, pengguna perlu gunakan aplikasi galeri. Manakala, aplikasi pemain media lain seperti VLC dan lain-lain banyak yang tidak stabil. Jadi dengan adanya pemain media tersendiri, ia akan lebih memudahkan tugasan pengguna.

Pemain media ini adalah berasaskan System Web Apps, atau nama popularnya adalah SWA. Ia adalah aplikasi web yang terus terbina dalam sistem. Jadi, penggunaan RAM akan jimat apabila pengguna menjalankan aplikasi ini. Cuma sayang sekali, tidak semua peranti Chrome OS berjalan dengan lancar – walaupun ia adalah sistem operasi yang ringan. Hanya Chromebook dengan spesifikasi komputer riba tinggi seperti Intel Core i7, RAM melebihi 8GB sahaja yang akan lancar.

Komen