Realme Buds Air Dilancarkan – Fon Telinga TWS Dengan Sokongan Pengecasan Nirwayar

Realme Buds Air Dilancarkan – Fon Telinga TWS Dengan Sokongan Pengecasan Nirwayar

Diterbitkan pada Dis 17, 2019 oleh .

Hari ini Realme Buds Air akhirnya dilancarkan di India serentak dengan pelancaran Realme X2. Fon telinga nirwayar TWS ini mempunyai rekaan mirip Apple AirPods. Ini tidak mengejutkan kerana AirPods ialah TWS dengan jualan tertinggi di pasaran dan membuatkannya menjadi ikutan pengeluar lain. Realme Buds Air turut hadir dengan pod simpanan merangkap pod pengecas yang boleh dicas semula secara nirwayar.

Cip R1 terbina di dalam pod pengecas menyokong tambatan pantas Google Fast Pair.  Sensor terbina pada fon telinga akan menjeda muzik yang didengari apabila ia dicabut dari telinga. Dua kawalan sesentuh juga boleh dilakukan bagi menyeru pembantu maya dan menjeda audio. Menurut Realme, fon telinga ini boleh berfungsi selama tiga jam berterusan dengan pod pengecas menambah 17 lagi jam.

Pengecasan berwayar masih boleh dilakukan menggunakan kabel USB-C. Di India Realme Buds Air dijual pada harga is INR3,999 (~RM233) dalam warna hitam, putih dan kuning.



Paling Popular