Tema Gelap Pada Sistem Android 11 Mungkin Boleh Dijadualkan

Tema Gelap Pada Sistem Android 11 Mungkin Boleh Dijadualkan

Diterbitkan pada Dis 17, 2019 oleh .

Android 10 adalah di mana fungsi mod tema gelap diperkenalkan secara keseluruhan sistem. Jika pengguna menggunakan peranti dengan skrin OLED, ia akan menjimatkan bateri peranti kerana kandungan warna hitam LEDnya akan dimatikan. Menjadi masalah dengan mod tema gelap ini adalah, apabila menukar kembali ke mod tema cerah – mata akan sakit sebentar kerana perubahan tona warna, kecerahan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, ramai meminta agar mod tema gelap boleh dijadualkan – sebagaimana fungsi Night Light untuk menjaga mata pengguna yang juga boleh dijadualkan. Menurut wakil Google, penjadualan mod seperti ini mempunyai pengkodan yang sangat sukar. Ia perlu meminta kebenaran lokasi, kod kalendar CalendarAstronomer dari ICU4J dan banyak kerja perlu dilakukan.

Oleh yang demikian, penjadualan mod tema gelap tidak akan hadir dalam Android 10. Sebaliknya, berkemungkinan besar hanya akan hadir dalam versi Android akan datang – Android 11?



TIPS & ULASAN