Google Maps Dikemaskini Dengan Antaramuka Berasaskan 5-Tab

Google Maps Dikemaskini Dengan Antaramuka Berasaskan 5-Tab

Diterbitkan pada Dis 17, 2019 oleh .

Aplikasi Google Maps pada tahun ini sudah ada banyak kemaskini. Ia kini lebih mudah dan selesa digunakan oleh para pengguna. Banyak fungsi dan ciri yang Google pinjam dari Waze yang saya sendiri gemar. Kini, sebelum bermulanya tahun 2020 – antaramuka Google Maps telah diubah.

Jika sebelum ini Google Maps menggunakan menu di sisi, kini menu ini telah dibuang dan segala fungsi dan ciri perlu dipilih dari tab-tab pada bar bahagian bawah. Terdapat lima tab terbina; Maps (dahulunya Explore), Commute, Saved, Post dan Latest. Lain-lain tetapan pula kini diintegrasi terus dalam menu di ikon profil pengguna. Melalui kemaskini ini, lebih banyak perkara mudah diakses oleh pengguna. Bukan itu sahaja, dengan antaramuka sebegini paparan peta adalah lebih luas dan mudah dilihat.

Kemaskini ini hadir melalui dari bahagian pelayan untuk Google Maps versi 10.31.1 ke atas pada peranti Android. Ia akan diedarkan secara berperingkat. Sewaktu menulis artikel ini, Google Maps pada Pixel 4 saya adalah versi 10.32.0 dan tiada perubahan lagi. Jadi, apa-apa pun sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN