Instagram Kini Memudahkan Perkongsian Lebih Daripada Satu Gambar Dalam Stories

Instagram Kini Memudahkan Perkongsian Lebih Daripada Satu Gambar Dalam Stories

Diterbitkan pada Dis 18, 2019 oleh .

Instagram Stories kini telah menjadi salah satu ciri yang digunakan ramai pengguna dalam perkongsian harian mereka. Instagram sendiri dilihat menekankan kepada perkongsian melaluinya, dan terbaru, mereka telah menambah kemudahan untuk pengguna berkongsi lebih daripada satu gambar pada waktu yang sama dengan mudah.

Instagram Layout

Sebelum ini, pengguna mungkin perlu bergantung kepada penawaran pihak ketiga – atau berkongsi gambar secara berasingan. Terkini, dengan ciri dinamakan “Layout”, pengguna boleh berkongsi sehingga enam gambar dalam satu perkongsian Instagram Stories dengan mudah.

Ciri ini memudahkan anda membuat gambar kolaj menggunakannya – sekaligus menjadikan perkongsian Instagram Stories anda lebih menarik lagi.

Fungsi baru ini kini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia – dan anda boleh mencubanya melalui Instagram Stories hari ini.



TIPS & ULASAN