Cari @ Amanz

AppAnnie sering hadir dengan sejumlah analisa yang baik dalam arena aplikasi. Terbaru, mereka telah pun menerbitkan data berkaitan aplikasi dan permainan yang popular sepanjang dekad ini – iaitu selama 10 tahun daripada 2010 sehingga 2019.

Mendominasi carta berkenaan adalah aplikasi dibawah Facebook, iaitu Facebook sendiri – diikuti dengan Facebook Messenger, WhatsApp Messenger dan juga Instagram. Empat aplikasi paling dimuat-turun sepanjang dekad lepas dilihat adalah dibawah Facebook – sekaligus memperlihatkan dominasi penyedia perkhidmatan sosial berkenaan pada peranti mudah-alih.

AppAnnie Sedekad

Pengguna dilihat amat menyukai dan mengutamakan aplikasi berbentuk komunikasi dan sosial, selain aktif menggunakan aplikasi penstriman kandungan pada peranti mudah-alih.

Dari segi permainan pula, aplikasi yang paling banyak dimuat-turun adalah Subway Surfers, diikuti dengan Candy Crush Saga dan juga Temple Run 2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd