Cari @ Amanz

Samsung mempunyai sejumlah penawaran peranti menarik dibawah siri Galaxy A, dan terbaru, mereka dilihat telah pun menambah satu lagi telefon pintar baru dibawah siri berkenaan, iaitu Galaxy A01.

Daripada rekaannya, ia dilihat menawarkan spesifikasi asas – dan mungkin membawakan harga yang kompetitif untuk pasaran negara-negara membangun. Piohak Samsung telah pun menyenaraikan peranti ini pada laman web mereka, tetapi masih belum mengumumkan harga jualannya lagi.

Samsung Galaxy A01

Samsung Galaxy A01

Samsung Galaxy A01 hadir dengan skrin 5.7-inci dengan rekaan skrin bertakuk, dijana cip lapan-teras, bateri 3000mAh, dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel.

Menariknya, untuk pengalaman lancar dan multi-tugasan, Samsung Galaxy A01 menyertakan memori sehingga 8GB RAM, selain storan 128GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD.

Buat masa ini, tarikh penawaran peranti ini masih belum diumumkan lagi secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd