Cari @ Amanz

GoPayz merupakan salah satu aplikasi dompet digital yang disediakan oleh U Mobile untuk memudahkan transaksi nirtunai dikalangan pembeli dan pengguna. Terbaru, pihak GoPayz telah pun mengumumkan kerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor.

GoPayz Islamik

Melalui kerjasama ini, ia memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran zakat pendapatan dan sebagainya dengan mudah melalui aplikasi dompet digital berkenaan.

Seperti biasa, pengguna akan diberikan pilihan mod pembayaran, dan mendapatkan resit pembayaran terus melalui aplikasi dompet digital berkenaan.

Selain Lembaga Zakat Selangor, pihak U Mobile melalui GoPayz dijangka bakal menambah sokongan pembayaran zakat ke agensi-agensi lain pada awal 2020 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd