Hari ini Honor Malaysia telah melancarkan Honor Watch Magic 2. Ia adalah jam tangan pintar dari Honor yang menjalankan sistem loperasi tersendiri liteOS. Dengan versi kedua ini, ia menawarkan prestasi yang lebih baik dan ketahanan bateri sehingga 14 hari.
Honor Watch Magic 2 dijana dengan cip pemproses Kirin A1, perlindungan kalis air 5 ATM dan boleh di bawa berenang kerana ada sistem SWOLF untuk membaca data berenang. Sudah tentu untuk tujuan bersukan, GPS dan GLONASS disertakan. Skrin pula ditawarkan dengan dua saiz 1.4″ dan 1.2″ dengan saiz kerangka 46mm atau 42mm. Skrin adalah dari panel AMOLED dengan resolusi 454p x 454p atau 390p x 390p.
Harga jualan adalah untuk versi 46mm (Charcoal Black) adalah RM699 dan mula dijual pada 20 Disember. Manakala warna Flax Brown (46mm) berharga RM749, tetapi belum boleh dibeli lagi. Untuk saiz 42mm (Agate Black) & Sakura Gold yang bersaiz 46mm harga dan tarikh jualan, tidak diumumkan oleh Honor Malaysia – tetapi akan dijual di masa akan datang.